video-gol-jaringan-malaysia-bhutan-friendly-7-0-bolasepak-antarabangsa-2018

KUALA LUMPUR: Berikut adalah keputusan penuh aksi persahabatan Malaysia-Bhutan di Stadium Nasional, Bukit Jalil yang berakhir sebentar tadi:

Malaysia 7 (Wan Zack Haikal, 11, Zaquan Adha Radzak, 19 (penalti), 36, 40, 54, Irfan Zakaria, 27, Syafiq Ahmad, 74)

Bhutan 0


KUALA LUMPUR: Malaysia akhirnya menamatkan kemarau panjang tanpa kemenangan apabila membelasah Bhutan 7-0 pada aksi persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, sebentar tadi.

Ia adalah kemenangan pertama skuad Harimau Malaya yang kini dikendali Tan Cheng Hoe selepas gagal meraih sebarang kemenangan dalam 12 perlawanan terakhir sejak penghujung 2016.

Kali terakhir skuad kebangsaan merasai nikmat kemenangan pada 20 November 2016 selepas menundukkan Kemboja 3-2 pada aksi peringkat kumpulan Piala AFF Suzuki di Yangon, Myanmar.

Bagi Cheng Hoe, aksi berdepan Bhutan adalah tugasan ketiga mengendalikan skuad Harimau Malaya selepas terikat 2-2 dengan Mongolia pada 22 Mac lalu dan tewas 1-2 kepada Lubnan dalam aksi kelayakan Piala Asia 2019, Selasa lalu.

Bhutan yang berada di kedudukan ke-188 ranking dunia dan dibarisi sepenuhnya pemain separuh profesional jelas bukan lawan buat skuad Harimau Malaya apabila bolos lima gol pada babak pertama.

Bermula dengan jaringan Wan Zack Haikal Wan Nor pada minit ke-11, benteng skuad kendalian Trevor Morgan itu terus dihukum dengan jaringan kapten pasukan, Zaquan adha dan Irfan Zakaria pada minit ke-19 dan 27.

Tidak cukup dengan itu, Zaquan terus menambah derita skuad Dragon Boys apabila menambah tiga lagi gol pada minit ke-36, 40, dan 54 untuk Malaysia selesa mendahului 6-0.

Penjaring gol tunggal Malaysia ketika berdepan Lubnan, Syafiq Ahmad yang masuk sebagai pemain gantian menambah gol ketujuh Harimau Malaya pada minit ke-74 dan kedudukan itu kekal sehingga wisel penamat dibunyikan.

Biarpun Cheng Hoe melakukan enam pertukaran, namun ia jelas tidak menjejaskan penguasaan Malaysia dengan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat dilihat tidak banyak bekerja dan sering berada di luar kawasan penalti.

Walaupun hanya meraih kemenangan ke atas pasukan kerdil seperti Bhutan, namun keputusan itu diharap mampu memberi momentum kemenangan buat Harimau Malaya untuk perlawanan akan datang selain memperbaiki kedudukan ke-178 dalam ranking dunia.

Facebook Comments

Similar Posts