keputusan-perlawanan-jdt-kedah-piala-sumbangsih

 

PENYANDANG Juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) menebus kekecewaan musim lalu apabila berjaya merampas kembali Piala Sumbangsih selepas menundukkan Skuad Lang Merah 2-1 di laman sendiri, malam tadi.

Kemenangan itu menyaksikan JDT berjaya mengulangi pencapaian memenangi Piala Sumbangsih pada tahun 2015 dan 2016 selain mengutip tiga mata penuh untuk saingan Liga Super musim ini.

Penampilan kembali tonggak sensasi JDT, Luciano Figueroa, Gonzalo Cabrera dan Pareyra Diaz mencuri mata peminat apabila gandingan tiga serangkai itu berjaya menghuru-harakan pertahanan lawan.

Bagaimanapun, kesilapan penjaga gol JDT, Izham Tarmizi yang sedikit leka pada minit ke-14 membawa kepada gol pertama pelawat apabila penyerang import Kedah, Pablo Pallares berjaya menyempurnakan hantaran Sandro Da Silva.

Bangkit memberikan tentangan, Skuad Merah Biru kemudiannya cuba melancarkan serangan dari sebelah kanan menerusi Gonzalo Cabrera yang cuba membuat hantaran lintang, namun percubaan itu sekadar menerjah palang gol lawan.

JDT kemudiannya berpeluang menyamakan kedudukan menerusi sepakan percuma yang diberikan jurulatih selepas Cabrera diterjah Baddrol Bakhtiar pada minit ke 20. Bagaimanapun sepakan yang diambil Luciano Figueroa gagal menerjah jaring gol selepas berjaya dibaca kemas Mohd Ifwat Akmal.

Jaringan pertama Harimau Selatan hadir pada minit ke 28 apabila Luciano Figueroa berjaya menanduk masuk bola hasil hantaran Safiq Rahim yang tidak dikawal ketat pertahanan lawan. Keputusan kekal 1-1 hingga tamat wisel separuh masa pertama.

Sebaik bermula babak kedua, JDT semakin garang mengatur langkah, selepas dilihat semakin selesa mengawal perlawanan menerusi pelbagai serangan dari bahagian kiri padang.

Belum sempat Kedah mengatur langkah untuk melawan, jaring gol mereka sekali lagi dirobek tuan rumah apabila pertahanan, Marcos Antonio berjaya menanduk masuk bola lambungan pertahanan kiri JDT, La Vere Corbin Ong.

Peluang menyamakan kedudukan pasukan pelawat berlaku pada minit ke 90, apabila pemain gantian Kedah Muhd Farhan Roslan berjaya memotong bola daripada penguasaan JDT namun lorongannya sedikit laju dan gagal dikawal Baddrol Bakhtiar.

Kesilapan itu akhirnya membawa kepada kedukaan penyandang juara Piala Sumbangsih musim lalu itu apabila terpaksa akur dengan keputusan 2-1 sehingga wisel penamat ditiupkan.

Sumber – Sinarharian

 


Perlawanan antara JDT – Kedah sememangnya hangat diperkatakan di luar dan di dalam padang. Malam ini, mereka bertemu di Stadium Larkin, Johor Bahru. Berikut adalah jaringan di dalam perlawanan yang berlangsung pada 3 Februari 2018.

Gol pertama Kedah di jaringkan terlebih dahulu oleh Pablo Pallares dari Sepanyol. Selepas itu, pasukan JDT menggandakan usaha dan telah mendapatkan gol penyamaan daripada Luciano Figueroa.

Keputusan semasa ialah JDT 1 – 1 Kedah.

kedah-jdt-piala-sumbangsih-2018-stadium-larkin-johor-tan-sri-datuk-haji hassan-yunus

 

 

Facebook Comments

Similar Posts