malaysia-mongolia-perlawanan-persahabatan-friendly-match-international-seri-2-2-antarabangsa-liga-super-malaysia-piala-fa

BUKIT JALIL: Malaysia seri 2-2 dengan Mongolia pada perlawanan bola sepak persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, malam tadi.

Separuh Masa: 1-1

Penjaring:Malaysia: Turbaat Daginaa (gol sendiri- minit ke-31); Muhammad Akhyar Abdul Rashid (65′)

Mongolia: Enkhbileg Purevdorj (42′); Gankhuyag Ser-Od-Yanjiv (71′).

Senarai Pemain:

MALAYSIA: Muhammad Haziq Nadzli, Matthew Davies, Mohamad Fadhli Mohd Shas, Adam Nor Azlin, Safiq Rahim (C) (Muhammad Nazmi Faiz Mansor), Ahmad Hazwan Bakri(Muhammad Syafiq Ahmad), Muhammad Safawi Rasid (Wan Zack Haikal Wan Nor), Mohd Afiq Fazail, Natxo Insa Bohigues, Muhammad Fazly Mazlan (Muhammad Ariff Farhan Mat Isa), Mahalli Jasuli (Muhammad Akhyar Abdul Rashid).

Mongolia: Munkh-Erdene Enkhtaivan, Munkh-Orgil Orkhon, Turbaat Daginaa (C), Sundorj Janchiv, Gankhuyag Ser-Od-Yanjiv, Tugsbileg Batbold (Gal-Erdene Soyol-Erdene), Oyunbaatar Otgonbayar, Enkhbileg Purevdorj, Davaajav Battur (Baljinnyam Batbold), Munkh-Erdene Tsagaantsooj(Bayarjargal Oyunbat), Tsedenbal Norjmoo.
– BERNAMA


Dengan kehadiran jurulatih baru Tan Cheng Hoe serta gabungan pemain muda dan senior, skuad kebangsaan yang berada di ranking ke-178 dunia manakala Mongolia (189) bergelut mencari kemenangan pertama sejak menewaskan Kemboja 3-2 pada November 2016 di saingan Piala AFF.

Ia ujian pertama buat Cheng Hoe apabila beliau sebelum ini menjadi penolong kepada Nelo Vingada yang meletakkan jawatan tahun lalu susulan prestasi buruk tanpa sebarang kemenangan dalam tujuh perlawanan kendaliannya tahun lalu.

Penjaga gol skuad bawah 23 tahun negara, Haziq Nadzli dan pemain kacukan kelahiran Sepanyol Natxo Insa berada dalam kesebelasan utama buat kali pertama manakala agak mengejutkan apabila pemain pertahanan Le’Vere Corbin-Ong tiada dalam senarai pemain.

Skuad Harimau Malaya yang kali terakhir beraksi di SNBJ pada 16 Jun 2015 ketika tewas kepada Palestin 0-6 dalam perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2018, lebih mendominasi permainan pada babak pertama.

Bagaimanapun mereka buntu apabila percubaan Ahmad Hazwan Bakri pada minit ke-15 dan tandukan Mahali Jasuli (m-30) diselamatkan penjaga gol pelawat Munkh-Erdene Enkhtaivan.

Jaringan yang dinantikan pasukan tuan rumah akhirnya terhasil pada minit ke-31 selepas kapten Mongolia, Turbat Daginaa tertampan bola ke gawang sendiri ketika cuba mengeluarkan bola sepakan sudut Safawi Rasid.

Bagaimanapun keceriaan 10,200 penyokong tuan rumah tidak bertahan lama apabila skuad kendalian Michael Weiss menyamakan kedudukan 1-1 hasil lambungan cantik Enkhibileg Purevdorj menewaskan Haziq pada minit ke-42.

Kemasukan pemain paling muda berusia 19 tahun Akhyar Rashid sedikit mengubah nasib pasukan kebangsaan apabila meledak gol menerusi rembatan deras dalam kotak penalti pada minit ke-65.

Namun pemain tengah, Gankhuyag Ser-Od-Yanjiv menjaringkan gol penyamaan 2-2 di minit ke-71.

Selepas ini Harimau Malaya akan bertandang ke Beirut bagi aksi terakhir kelayakan Piala Asia 2019 menentang Lubnan Selasa depan sebelum berdepan Nepal bagi aksi persahabatan antarabangsa di SNBJ pada 1 April.

Sumber: Berita Harian

Facebook Comments

Similar Posts