keputusan-perlawanan-pknp-perbadanan-kemajuan-negeri-perak-negeri-sembilan-liga-super-2018-malaysia

BATU KAWAN: Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC) mencatat kemenangan tipis menumpaskan Negeri Sembilan 1-0 dalam perlawanan pertama Liga Super 2018 di Stadium Negeri, petang tadi.

Gol kemenangan dijaringkan Sokpheng Keo pada minit ke-49 selepas menewaskan penjaga gol Negeri Sembilan, Ahmad Syihan Hazmi.

PKNP FC ternyata tidak mahu mengecewakan ketua jurulatih, Abu Bakar Fadzim apabila bertandang di Stadium Batu Kawan dalam saingan pertama sekali gus memastikan tiga mata penuh dibawa pulang.

Serangan bertali arus dilancarkan PKNP FC ke kubu Negeri Sembilan memaksa anak buah Jorg Peter berhempas pulas mengawal gawang.

Negeri Sembilan cuba memberi saingan dengan membalas serangan namun berjaya dipatahkan dengan mudah oleh barisan pertahanan PKNP FC yang diketuai kapten pasukan, Mohd Nasriq Baharom.

Dua percubaan penyerang Negeri Sembilan hampir membolosi gawang lawan pada minit-minit akhir perlawanan tetapi tiang gol menjadi penyelamat sekaligus memastikan kemenangan pertama berpihak kepada PKNP FC.

Sumber : Bharian

 


PKNP FC pamer aksi cemerlang ketika membuka saingan Liga Super 2018 apabila menewaskan Negeri Sembilan 1-0, di Stadium Batu Kawan, petang tadi.

Bagaimanapun, pendatang baharu Liga Super itu terpaksa menunggu sehingga babak kedua bagi merobek gawang pelawat menerusi import Kemboja, Keo Sokpheng pada minit ke-49.

Jaringan berkenaan nyata memberikan kejutan kepada pelawat, sekali gus menyaksikan skuad Hoben Jang Hoben itu bingkas bangkit mengatur gerakan ke gawang PKNP FC bagi merapatkan jurang.

Namun, benteng pertahanan PKNP FC berjaya mengekang asakan-asakan berkenaan.

Keputusan kekal sehingga ke wisel penamat.

Sumber : Sinar Harian

Facebook Comments

Similar Posts