malaysia-korea-quarter-final-piala-afc-2018-bawah-23-tahun

SUKU AKHIR KEJUARAAN B-23 AFC 2018

(Sabtu, 20 Januari 2018)

KOREA SELATAN lwn MALAYSIA
Stadium Kunshan, China, 4.00 petang

——-

2018 AFC U-23 CHAMPIONSHIP QUARTER-FINAL

(Saturday, 20th January 2018)

SOUTH KOREA vs MALAYSIA
Kunshan Stadium, China, 4.00 pm


MALAYSIA berhadapan satu lagi tugas getir apabila naib juara 2016,  Korea Selatan pada aksi suku akhir Kejuaraan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Bawah 23 Tahun (B-23) 2018 di Stadium Kunshan, China, Sabtu ini.

Mengikut format pertandingan, Malaysia, selaku naib juara Kumpulan C, akan menentang juara Kumpulan D yang disandang oleh Korea Selatan, selepas mengalahkan Australia 3-2 pada perlawanan terakhir kumpulan serta mengumpul tujuh mata diikuti Vietnam di tangga kedua dengan empat mata.

Sementara skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee mengesahkan  tempat di suku akhir dengan mengumpul empat mata selepas mengalami kekalahan 1-4 di tangan Iraq sebelum bangkit mencatat keputusan seri 1-1 berdepan Jordan diikuti kemenangan 1-0 ke atas Arab Saudi.

 Malaysia mencipta sejarah apabila muncul sebagai wakil Asia Tenggara pertama layak ke suku akhir diikuti Vietnam yang mengesahkan tiket ke peringkat suku akhir setelah seri tanpa jaringan dengan Syria untuk muncul naib juara Kumpulan D.

Seandainya Malaysia dapat mengejutkan Korea Selatan, menanti mereka di separuh akhir adalah pemenang antara juara bertahan, Jepun dan Uzbekistan yang akan membuat perhitungan pada satu lagi aksi suku akhir, Jumaat ini.

 Pada edisi lepas, Jepun mengalah Korea Selatan 3-2 untuk muncul juara.

Sebagai rekod, Kejuaraan AFC B-23 2018 yang memasuki edisi ketiga tahun ini merupakan penyertaan sulung skuad kebangsaan selepas gagal dalam dua pusingan kelayakan sebelum ini. –Bernama

Facebook Comments

Similar Posts