keputusan-perlawanan-perak-bos-gaurus-melawan-jdt-selangor-pahang

IPOH – Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) yakin lima pemain import dalam skuad The Bos Gaurus termasuk tiga yang baru dibawa masuk bagi menghadapi Liga Malaysia 2018 mampu menjadi tunjang dalam meningkatkan prestasi pasukan ke tahap lebih membanggakan.

Selain Gilmar Jose da Silva dan Leandro Dos Santos yang dikekalkan daripada barisan sebelum ini, tiga pemain baharu berkenaan ialah Wander Luiz dari Brazil, Misagh Bahadoran (Filipina) serta Robert Cornthwaite (Australia).

Presiden PAFA, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan berkata, keyakianan itu berdasarkan pengalaman dan kualiti yang dimiliki pemain terbabit sewaktu beraksi dalam saingan Liga Malaysia bersama pasukan masing-masing sebelum ini.

“Dari sudut pengalaman, Gilmar dan Santos telah bersama kita sejak musim lalu manakala Luiz pernah beraksi di Kelantan sementara Cornthwaite sebelum ini bersama Selangor.

“Kualiti Cornthwaite terbukti apabila berjaya membawa Selangor menjulang Piala Malaysia musim 2015 manakala Bahadoran pula merupakan kapten pasukan kebangsaan Filipina,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Jersi dan Pengenalan Pemain Perak 2018 di sini malam tadi yang disempurnakan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abd. Kadir. – Bernama

Facebook Comments

Similar Posts