malaysia-3-0-australia-aff-u18-2019-kemenangan-jaringan-video-gol-harimau-malaya

 

Australia bersaing menentang Malaysia dalam perlawanan keempat mereka dalam Kumpulan B Piala U18 AFF hari ini, Selasa, 13 Ogos 2019. Australia turun sebagai calon untuk menang di atas rekod bersih mereka sebelum ini yang belum pernah kalah di dalam peringkat kumpulan. Malaysia pula semakin yakin dengan bangkit semula selepas kekalahan perlawanan pertama tetapi menang pada dua perlawanan berikutnya.

jadual-aff-u18-2019-bolasepak-asean-malaysia-harimau-malaya

Perlawanan Australia vs Malaysia telah diadakan di Stadium Thanh Long, Vietnam dengan jadual perlawanan bermula jam 3.30 petang. Meskipun belum menjadi perlawanan terakhir, perlawanan Australia menentang Malaysia telah menjadi perlawanan penting terutama bagi Malaysia untuk mengekalkan kedudukan yang boleh ke peringkat separuh akhir.

Malaysia masih boleh diatasi oleh Vietnam yang akan bersaing menentang Thailand dan Vietnam mempunyai modal utama yang pernah mengalahkan Malaysia 1-0 dalam perlawanan sulungnya pada 6 Ogos 2019. Sekiranya Malaysia kalah dan Vietnam menang atau seri melawan Thailand, maka Malaysia mesti terlepas peluang di tempat kedua kerana mata kedua-duanya adalah 6, tetapi Vietnam lebih unggul daripada jaringan. Oleh itu, tidak ada pilihan lain untuk Malaysia selain mengalahkan Australia supaya kedudukannya tidak bergantung kepada hasil tuan rumah perlawanan Vietnam dan Thailand.

Di dalam perlawanan hari ini, Malaysia bermula garang dengan hantaran- hantaran tepat dan cantik ke arah kubu Australia. Australia pula seperti gagal menyesuaikan diri di dalam perlawanan yang berlangsung di cuaca panas petang ini. Malaysia telah menjaringkan gol pertama melalui larian pantas dan kuisan menarik daripada pemain penyerang bejersi nombor 10, Aiman Afif. Penjaga gol Australia seperti mati langkah tidak dapat berbuat apa- apa apabila melihat boleh melepasi jangkauanya.

Jaringan kedua pula hasil daripada tendangan sudut yang disudahi dengan tendangan “1st timer” daripada pemain. Bola yang ditendang deras mencecah jaring. Pemain pertahanan Australia dilihat mati langkah dengan tendangan yang memukau itu. Gol tersebut telah menyebabkan pemain Malaysia bertambah semangat dengan serangan yang bertali arus ke arah gol Australia. Australia pula cuba membuat kebangkitan tetapi serangan mereka berjaya dipatahkan oleh pertahanan Malaysia.

Pemain penyerang Malaysia, Lokman telah membuat satu rembatan kencang ke arah gol Australia dan menewaskan penjaga gol Australia. Tendangan tersebut bermula dengan gerakan lincah Lukman Hakim yang membawa bola dan mengelecek pertahanan di penjuru kanan dan seterusnya melalukan tendangan deras menerjah jaring. Penjaga gol Australia berjaya membuat sentuhan ke atas bola tersebut tetapi tidak mampu menahannya daripada masuk ke pintu gol.

Perlawanan seterusnya Malaysia adalah bertemu dengan Indonesia di peringkat separuh akhir. Sudah pasti ianya akan menjadi perlawanan tumpuan di dalam edisi AFF-U18 edisi 2019 ini.


KUALA LUMPUR 13 Ogos – Sebelum perlawanan bermula, Australia menjadi pilihan untuk menumbangkan Malaysia dalam aksi Kumpulan B, Kejuaraan AFF Bawah 18 (B-18) di Ho Chi Minh, City hari ini.

Begitupun, anak-anak buah Brad Maloney membuktikan mereka juga bukan pasukan sebarangan apabila menumpaskan juara empat kali itu 3-0 di Stadium Thanh Long.

Penyerang sensasi, Luqman Hakim Shamsudin membuktikan mengapa khidmatnya ditagih kelab divisyen satu Jepun, Cerezo Osaka apabila meledak dua gol manakala satu lagi jaringan disempurnakan oleh Muhamad Azam Azmi Murad.

Malaysia kini akan menentang juara lima kali, Thailand dalam aksi terakhir Kumoulan B, Selasa ini.

Keputusan itu menyaksikan Malaysia berkongsi sembilan mata dengan Australia selaku pendahulu Kumpulan B dengan perbezaan jaringan.

Luqman membuka tirai jaringan Malaysia seawal minit ke-17, sebelum Muhamad Azam Azmi Murad meledak jaringan kedua 10 minit kemudian.

Enam minit sebelum memasuki waktu rehat, Luqman meledak gol peribadi kedua bagi memastikan Malaysia meraih tiga mata penting.

Keputusan itu menyaksikan peluang Malaysia, Australia dan Vietnam masih terbuka untuk ke saingan empat terbaik dengan masing-masing memiliki satu lagi perlawanan untuk menentukan pasukan yang layak ke saingan seterusnya.

Dalam aksi terakhir, Malaysia akan berdepan Thailand manakala Australia akan bertemu Singapura dan tuan rumah Vietnam akan menanti saingan Kemboja.-UTUSAN ONLINE


Luqman Hakim Shamsuddin menjaringkan dua gol untuk Malaysia menewaskan Australia 3-0.

Malaysia mencipta kejutan di Stadium Thanh Long, Bandaraya Ho Chi Minh, Vietnam selepas menundukkan Australia 3-0 dalam aksi keempat Kumpulan B, Kejohanan AFF B-18, sebentar tadi.

Dua jaringan daripada penyerang utama, Luqman Hakim Shamsuddin, serta satu lagi oleh Muhammad Azam Azmi Murad dalam babak pertama membolehkan Malaysia kini mengutip sembilan mata hasil tiga kemenangan dan satu kalah.

Berbekalkan moral tertinggi susulan kemenangan 3-1 ke atas Singapura dan 3-0 ke atas Kemboja sebelum ini, anak buah Brad Maloney itu hanya memerlukan 17 minit untuk mengejutkan lawan yang turun selaku pendahulu Kumpulan B.

Biarpun skuad The Socceroos dilihat lebih menguasai aksi dalam hujan lebat di Bandaraya Ho Chi Minh itu, kebijaksanaan Azam menghidu kealpaan benteng lawan membolehkannya melakukan hantaran jauh buat Luqman dan penjaring terbanyak Kejohanan AFC B-16 2018 itu tenang melepasi dua pertahanan sebelum melambungkan bola melepasi Jackson Lee.

Terkejut dengan gol pembukaan Malaysia, Australia yang diketuai oleh Noah Pagden cuba mengatur gerakan dan hampir menyamakan kedudukan tiga minit kemudian tetapi rembatan Marco Tilio terkena pertahanan skuad negara.

Sebaliknya, Malaysia menambah gol kedua pada minit ke-27, kali ini menerusi pertahanan, Azam, yang tenang menyudahkan bola sepakan sudut dari sebelah kiri oleh Firdaus Kaironisam menerusi rembatan voli, membuatkan Lee tertewas buat kali kedua.

Perlawanan terhenti seketika pada minit ke-35 selepas insiden perlanggaran melibatkan kapten skuad negara, Firdaus Irman Mohd Fadhil, dan Tilio sehingga menyebabkan penjaga gol PKNP FC itu terbaring.

Percaturan Maloney merehatkan Luqman sewaktu menentang Kemboja ternyata berhasil apabila penggempur itu sekali lagi menggegarkan jaring lawan.

Selepas lenggok badannya memperdayakan Pagden, dia pantas meloloskan diri ke kanan sebelum bola rembatannya yang terkena kaki Lee bergolek masuk ke dalam gawang ketika babak pertama berbaki enam minit.

Australia menggandakan asakan sebaik sahaja permainan bersambung, terutama menerusi rangkaian Gianluca Iannucci Lachlan Brook serta Jai Lenny King-Byrne tetapi keampuhan benteng skuad negara yang dikepalai oleh Aidil Azuan dan Faris Kamardin sukar ditembusi.

Pemain gantian, Jarrod Carluccio, berpeluang untuk memastikan pasukannya meraih sekurang-kurangnya satu gol di Thanh Long apabila rembatan derasnya hampir menewaskan Firdaus Irman tetapi penjaga gol itu sempat menguis bola keluar.

Malaysia seharusnya memperoleh kemenangan 4-0 sekiranya Azam menggunakan kesempatan pada minit ke-70 hasil hantaran pendek rakan sepasukan tetapi percubaan kaki kanan pertahanan itu sempat ditepis keluar oleh Lee.

Skuad kendalian Maloney itu kini berkongsi sembilan mata dengan pendahulu, Australia, selepas dibezakan dengan jumlah jaringan dan bakal memburu mata penuh bagi menempah tiket ke separuh akhir dalam aksi seterusnya menentang Thailand, Khamis ini. – Astro Awani

Facebook Comments

Similar Posts