keputusan-perlawanan-kelantan-terengganu-liga-super-malaysia-pantai-timur

Kedua- dua pasukan masih lagi berjuang untuk mendapatkan kemenangan. Ada beberapa peluang yang terhidang gagal disempurnakan oleh kedua- dua pasukan. Peluang yang ada sempat digunakan menghasilkan jaringan gol. Keputusan kini, Kelantan 1 – 1 Terengganu.


KOTA BHARU – Pertemuan seteru tradisi pantai timur antara Kelantan dan Terengganu FC I (TFC I) pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini malam tadi berakhir dengan keputusan seri 1-1.

Pada perlawanan tersebut, Tchetche Kipre melakar sejarah baharu dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) apabila meledakan jaringan terpantas untuk Terengganu ketika aksi baharu sahaja masuk saat ke-33.

Tersentak dengan jaringan itu, tuan rumah cuba bangkit namun penyerang import Korea, Do Dong-Hyun melepaskan peluang untuk menyamakan kedudukan selepas sepakannya sekadar melewati palang pada minit ke-24.

Gol yang dicari tuan rumah, akhirnya tiba apabila Dong-Hyun menyempurnakan sepakan penalti untuk mengikat kedudukan menjadi 1-1 sekaligus memberikan kegelaan buat The Red Warriors (TRW).

Jaringan itu nyata menyuntik semangat barisan pemain TRW apabila melancarkan serangan bertali arus ke kubu pasukan pelawat namun gagal menepati sasaran dan keputusan sehingga tamat perlawanan.

Bersambung babak kedua, TRW dan TFC I masing-masing saling berbalas-balas serangan.

Minit ke-73, TFC I hampir menambah jaringan kedua namun Khairul Fahmi berjaya menyelamatkan gawang golnya dari terus dibocori.

Selang 15 minit kemudian, TRW mempersiakan peluang menambah jaringan apabila sepakan percuma Bruno Lopes dari luar kotak penalti tersasar ke pintu gol sebelah kiri Terengganu meskipun penjaga golnya Mohd. Suffian Rahman sudahpun tertewas.- K! ONLINE.


KOTA BHARU: Kelantan gagal mencatat kemenangan sulung di laman sendiri selepas diikat Terengganu FC (TFC) 1-1 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, sebentar tadi.

Terdahulu, pelawat berada di depan menerusi jaringan kapten Tchetche Kipre yang menolak masuk hantaran lintang Ashari Samsudin untuk menewaskan penjaga gol The Red Warriors (TRW), Khairul Fahmi Che Mat seawal minit pertama.

Pada minit ke-22, Do Dong Hyun terlepas peluang keemasan menjaringkan gol penyamaan Kelantan apabila sepakan percumanya terkena pertahanan TFC.

Selang dua minit, tandukan Bruno Lopes gagal ditangkap kemas penjaga gol pelawat namun tidak dapat disudahkan Dong Hyun walaupun Suffian Abdul Rahman sudah tertewas.

Tersentap jaringan awal pelawat, Kelantan cuba bangkit dengan mengatur gerakan mencari gol penyamaan dan hasilnya Dong Hyun berjaya menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-38 selepas Nik Shahrul Azim dijatuhkan dalam kotak penalti.

Bersambung babak kedua, tuan rumah memiliki dua peluang terbaik menerusi Norfarhan Mohamad dan Ferdinand Sinaga, namun gagal menghasilkan gol.

TFC juga berpeluang menambah jaringan menerusi Kipre, bagaimanapun cubaannya dua kali ditepis keluar Khairul Fahmi.

Sumber : Bharian

Facebook Comments

Similar Posts