kelantan-red-warriors-pasukan-import-malaysia-jdt-perak-pahang-selangor-kedah

PENGENDALI Kelantan, Sathit Bensoh sudah mempunyai ‘bayangan’ kesebelasan utama skuad The Red Warriors (TRW) selepas mengharungi perlawanan pramusim pasukan itu musim ini.

Skuad ‘bayangan’ itu mengambil kira keperluan terkini pasukan selain diselarikan dengan taktikal yang bakal diguna bagi memperkuatkan pasukan dalam menempuhi saingan Liga Super nanti.

Katanya, fokus utama pasukan adalah bagi menghadapi perlawanan pertama berdepan Melaka United di Stadium Hang Jebat pada 3 Februari depan.

“Kita sudah berdepan beberapa pasukan yang mempunyai kekuatan masing-masing dalam perlawanan persahabatan dan saya sudah berpuas hati untuk itu.

“Biarpun sepanjang perlawanan itu kita tidak mencatatkan keputusan membanggakan namun ia langkah persiapan memandangkan kami sedang membentuk pasukan baru bagi musim ini.

“Bagaimanapun saya sudah ada ‘bayangan’ perancangan pasukan dan yang penting pemain terbabit perlu fokus dalam perlawanan seterusnya,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan pramusim terakhir Kelantan berdepan Buriram United, malam tadi. Kelantan tewas 1-3 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Maharaj, Sungai Golok.

Facebook Comments

Similar Posts